Wednesday 7 April 2010

LAWATAN KE UTHM - PROGRAM WORLD INFORMATION SOCIETY DAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelajar ICT yang dikasihi,

Kali ini cikgu ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada 17 Mei 2010 pihak UTHM akan mengadakan Program World Information Society Day sempena sambutan International Day UNESCO. Program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat bermanfaat bagi masyarakat dan ekonomi. Justeru itu cikgu mengalu-alukan semua pelajar ICT untuk menyertai program tersebut dan hanya 30 pelajar terawal menulis nama di papan kenyataan makmal ICT sahaja yang akan pergi. Ini kerana pihak UTHM menghadkan satu sekolah 30 orang pelajar.

Antara acara yang diadakan pada program tersebut ialah pameran projek pelajar, penyelidikan staf, promosi mengenai universiti, kuiz dan peraduan. Selain itu pengunjung akan berpeluang mendengar ceramah bertajuk "Creating A Well-Informed Society". Program tamat pada jam 1.00 pm. Sekian untuk makluman.

No comments:

Post a Comment