Blog ini ditujukan untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek ICT. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang dipaparkan melalui blog ini dan anda juga boleh berkongsi ilmu anda kepada saya.
1. Bahan - Nota yang lengkap + nota tambahan : buku score a, nota daripada CD, Majalah dan buku rujukan.
2. Teknik menjawab - Tekankan katatugas
Katatugas kumpulan 1 : Propose, write, name, identify,
list, state, give -> Cara jawab - Jawapan ringkas Katatugas kumpulan 2 : Describe, explain, justify. Cara jawab - Jawapan perlu panjang lebar iaitu satu isi hendaklah
sekurang-kurangnya satu pernyataan dan 2 ayat sokongan.
3. Persediaan Diri Pelajar (Paling Utama)
(i) Menghafal dan memahami keseluruhan nota lengkap dan nota tambahan.
(ii) Selalu membuat ulangkaji dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas, soalan dari sekolah lain. (Kemahiran menjawab dan dapat menilai tahap diri sendiri)
No comments:
Post a Comment