Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Wednesday, 4 August 2010

Tahniah ! TIGS menang...




Tahniah kepada Nur Farahin, Nadhirah dan Koh Jin Lee kerana telah mendapat tempat pertama Pertandingan Multimedia Bertemakan 1 Malaysia yang diadakan di IPTHO semalam (3 Ogos 2010). Ucapan terima kasih kepada Cik Syahrul, Pn Norazah dan pelajar-pelajar yang menjadi pelakon dalam video klip yang diambil. Hadiah pula agak lumayan, mereka menerima hamper, pendrive 8 G, buku, pen dan beg serta sijil manakala pihak sekolah pula menerima sebuah printer HP. Tahniah !

Thursday, 29 April 2010

Kesihatan amat penting....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia semua pelajar ICT yang dikasihi...
Lama cikgu tak dapat hadir ke sekolah kerana telah terkena sakit mata..., sakit mata memang lambat nak pulih mudah-mudahan saya doakan semua pelajar tidak dijangkiti dengan penyakit tersebut dan untuk itu anda perlu menjauhkan diri daripada individu yang mengidap sakit mata kerana ia boleh berjangkit dengan mudah. Kalau terkena bayangkan berapa banyak kelas yang anda tertinggal dan ianya merugikan.
Untuk makluman semua lawatan ke UTHM yang cikgu war-warkan telah pun penuh, kalau boleh saya nak bawa anda semua tapi apakan daya pihak UTHM telah menghadkan hanya 30 peserta sahaja untuk satu sekolah.
Makluman kedua ialah sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta laman web sekolah anjuran UTM bolehlah berjumpa dengan saya untuk maklumat lanjut. Saya mengalakkan pelajar tingkatan 4 untuk menyertainya kerana ianya memerlukan waktu yang banyak untuk merekabentuk dan mengisi bahan dalam web. Tarikh tutup pertandingan tersebut ialah pada akhir Jun 2010. Ianya boleh secara individu atau berkumpulan.

Sekian.

Wednesday, 7 April 2010

LAWATAN KE UTHM - PROGRAM WORLD INFORMATION SOCIETY DAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pelajar ICT yang dikasihi,

Kali ini cikgu ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada 17 Mei 2010 pihak UTHM akan mengadakan Program World Information Society Day sempena sambutan International Day UNESCO. Program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat bermanfaat bagi masyarakat dan ekonomi. Justeru itu cikgu mengalu-alukan semua pelajar ICT untuk menyertai program tersebut dan hanya 30 pelajar terawal menulis nama di papan kenyataan makmal ICT sahaja yang akan pergi. Ini kerana pihak UTHM menghadkan satu sekolah 30 orang pelajar.

Antara acara yang diadakan pada program tersebut ialah pameran projek pelajar, penyelidikan staf, promosi mengenai universiti, kuiz dan peraduan. Selain itu pengunjung akan berpeluang mendengar ceramah bertajuk "Creating A Well-Informed Society". Program tamat pada jam 1.00 pm. Sekian untuk makluman.

Wednesday, 24 February 2010

Maulidul Rasul & Kerja Kursus



Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat Islam semoga kita dapat menghayati kisah Baginda dan menjadikanya sebagai tauladan.

Untuk makluman semua pelajar ICT, pembentangan kerja kursus LA1.S02.1 - Locate and present information on impact of ICT and society akan mula diadakan pada 2 Mac 2010. Senarai nama akan ditampal di papan kenyataan Makmal ICT mulai 1 Mac 2010. Pastikan anda telah mencetak persembahan power point anda dan serahkan bahan tersebut semasa membuat pembentangan. Sebaik-baiknya anda mencetak 2-4 slide 1 mukasurat kertas A4 untuk menjimatkan kertas.
Begitu juga untuk pelajar tingkatan 5, penghantaran projek multimedia adalah selewat-lewatnya pada 5 Mac 2010 jam 12.30tgh. Projek multimedia perlu dihantar dalam bentuk softcopy beserta 'report form'. Sekian untuk makluman.