Friday 3 September 2010

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya




Pejam celik, pejam celik dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan, fajar Syawal terbit insyaallah pada hari Jumaat.. Dikesempatan ini saya dan Cikgu Rusyawati ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin jika kami tersalah kata, terlanjur bicara kepada semua pelajar2 ICT TIGS yang beragama Islam. Kami doakan agar kamu semua dapat menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga. Namun begitu seeloknya jika kita bersederhana dan tidak berlebih-lebihan, bahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana perjuangan anda masih belum selesai.