Tuesday 30 March 2010

Update blog cepat...dapat hadiah !!!



Salam semua pelajar ICT yang disayangi.

Nampaknya kebanyakkan blog dibiarkan terbengkalai! Sepatutnya anda update sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Sepatutnya anda gunakan blog untuk menambahkan kefahaman anda dalam subjek ICT. Sepatutnya anda menggunakan blog untuk membuat refleksi diri anda sepanjang belajar subjek ICT. Sepatutnya anda menggunakan blog untuk anda berkongsi ilmu atau pengetahuan baru yang mungkin anda temui dalam anda mempelajari subjek ICT. Bukankah subjek ICT satu subjek yang dinamik dan sentiasa ada perkembangan terbaru? Adakah anda bersama-sama arus perubahan itu? Atau anda masih anda yang dulu - belajar hanya untuk lulus peperiksaan? Untuk itu cikgu menawarkan hadiah kepada 5 blog terbaik dan terkini serta menyajikan dengan bahan-bahan yang menarik dan berguna. Anda bebas untuk menulis dalam blog anda tetapi mestilah dalam ruang lingkup ICT dan syarat kedua ialah blog anda mesti sentiasa dikemaskini. Saya akan memantau sepanjang bulan April 2010. Selamat menulis.
* Ilustrasi hadiah di atas tidak menggambarkan hadiah sebenar.

Tuesday 23 March 2010

Kerja kursus ICT

Salam satu Malaysia semua pelajar ICT yang dikasihi...
Sebagaimana yang telah anda semua maklum bahawa kerja kursus ICT adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar ICT. Kerja kursus merupakan satu anugerah untuk anda semua kerana ia menyumbangkan 30 markah ICT SPM! Untuk itu disini saya ingin memaklumkan hari-hari yang saya peruntukkan untuk anda menghantar kerja kursus anda kepada cikgu.

Selasa : 2.00 - 3.30 pm.
Khamis : 2.00 - 3.30 pm.
Jumaat : 12.20 - 1.30 pm.

Senarai kerja kursus yang perlu anda laksanakan ada cikgu tampalkan di papan kenyataan di Makmal ICT. Sehingga bulan Mac ini saya yakin semua pelajar ICT tingkatan 4 dapat melunaskan semua kerja kursus untuk bab 1 iaitu;
1. Demo scan virus
2. Demo scan spyware
3. Presentation Power point - 5 to 10 slides.

Untuk tingkatan 5 pula kerja kursus yang perlu disiapkan ialah ;
1. Buku scraph
2. Projek Multimedia

Jangan bertangguh-tangguh kerana kerja kursus untuk bab-bab yang seterusnya sedang menanti anda dan pastikan anda menguruskan masa dengan betul dan cekap agar semua kerja siap, ada masa untuk rehat dan dalam masa yang sama skor A dalam peperiksaan. Pelajar ICT adalah pelajar yang SMART.

Friday 12 March 2010

Keputusan SPM ICT 2009

Alhamdulillah syukur kerana keputusan SPM subjek ICT telah mendapat tempat pertama dalam daerah BP, 3 orang pelajar medapat gred A dan 2 orang pelajar mendapat gred A-. Di peringkat Negeri Johor pula, TIGS berada dikedudukan ke 4 daripada 63 buah sekolah. Tahun hadapan cikgu berharap semua pelajar ICT akan mendapat A+ dan TIGS berada di tempat pertama diperingkat Negeri. Kalau anda MAHU, pasti anda akan dapat!

Saturday 6 March 2010

Salam satu Malaysia semua pelajar ICT yang saya kasihi. Wah, nampaknya semua agak letih ye...almaklumlah baru lepas sukan...banyakkan berehat pada hari Ahad agar anda segar apabila memulakan sekolah pada hari Isnin. Di sini saya ingin membuat ulasan mengenai tugasan masa cuti tahun baru cina yang lepas. Nampaknya semua pelajar sudah mula sedar akan kelemahan masing-masing semasa menjawab soalan PK1 ICT dan saya dapati kamu semua sudah pun membuat perancangan untuk membaiki keputusan anda. Cikgu doakan semoga anda semua akan memperbaiki kelemahan-kelemahan masing-masing dan seterusnya berjaya mendapat A+. Saya yakin anda semua memang boleh mencapainya hanya perlukan sedikit sahaja lagi fokus dan kuatkan lagi matlamat yang anda ingin capai. Oh ya saya tertarik dengan blog Suzana dari 5 Zuhrah, refleksi yang baik dan bersemangat.

Monday 1 March 2010

Komen Mengenai Blog Pelajar

Tahniah kepada semua pelajar ICT 2010 yang telah berjaya mempunyai blog masing-masing yang khusus untuk subjek ICT. Dengan adanya blog, pelajar-pelajar akan dapat mengamalkan sebahagian daripada ilmu ICT yang telah dipelajari. Orang kata ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Namun begitu masih terdapat banyak ruang untuk anda memperbaiki layout dan yang paling penting isi kandungan dalam blog tersebut. Masih ramai lagi yang tidak menjawab soalan-soalan yang wajib anda jawab melalui blog....dan ini agak mendukacitakan saya. Anda boleh ambil 30 minit selepas habis waktu sekolah untuk update blog di Makmal ICT, Makmal Bestari atau di Pusat Akses Sekolah. Justeru itu saya amat-amat berharap agar semua akan dapat memeriahkan blog masing-masing dengan menjawab soalan-soalan yang telah saya berikan. Saya juga menggalakkan anda untuk memberikan komen jika ada sesutau yang ditulis oleh kawan-kawan anda yang anda tidak faham - ini adalah untuk menjadikan blog sebagai satu kaedah perkongsian ilmu. Semasa saya menyemak blog-blog anda, saya tertarik dengan blog Syuhada dari 4 Pluto - update dan menarik. Tahniah Syuhada !